KENALI KAMI











NAMA : SK BANDAR RENGAM
KOD SEKOLAH : JBA2021
GRED SEKOLAH: B
NAMA GURUBESAR :EN YUSOF BIN HASSAN
BILANGAN GURU : 19 
BILANGAN STAF :4
BILANGAN MURID :131
BILANGAN MURID MENGIKUT KAUM : 2(L)1(P)INDIA 
BILANGAN MURID YANG MENGAMBIL UPSR :13
NO TEL/FAKS : 077535188


SEJARAH SEKOLAH SK BANDAR RENGAM


Bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam asalnya merupakan Pejabat Pegawai Daerah Rengam. Ia mula dibuka pada 5 Januari 1959 dengan mempunyai 2 kelas. Letaknya di no. 9 Jalan Terus, Rengam.

            Pada 15 Mei 1962 bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam telah dikongsi bersama dengan Sekolah Agama Bandar Rengam ( sebelah petang).

            Mulai 1971 apabila murid bertambah ramai Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam telah memohon jasa baik dari SRKC untuk membenarkan sebahagian muridnya di sekolah tersebut.

            Bangunan baru Sekolah Kebangsaan Bandar telah mula dibina pada November 1976 dan siap pada Oktober 1977 dengan 8 bilik Darjah, 1 bilik Guru Besar, 1 bilik Pejabat, 1 bilik Guru, 1 bilik Perpustakaan , 2 setor, 1 tandas Guru Lelaki, 1 tandas Guru Perempuan, 1 tandas Murid Lelaki, 1 tandas Murid Perempuan dan 1 bangunan Kantin.

            Pada 6 November 1977 Sekolah Kebangsaan Bandar Rengam telah berpindah ke bangunan baru yang beralamat di no. 1645, Jalan Besar, 86300, Rengam, Kluang, Johor. Sekolah baru digunakan dengan rasmikan pada 1.1.1978 yang mengandungi 12 bilik darjah. Darjah 3-6 bersekolah pada sesi pagi dan darjah 1-2 bersekolah pada sesi petang dengan tenaga pengajarnya 15 orang.



            Pada tahun 1982 satu bangunan 3 tingkat telah di bina bagi membolehkan 1 sesi persekolahan sahaja dijalankan.



LENCANA SEKOLAH




















Tiada ulasan :

Catat Ulasan