5 Jan 2017

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2017

1 JANUARI 2017 - SK BANDAR RENGAM









Selamat datang bagi ibubapa/murid tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah sesi persekolahan 2017 buat semua warga SK Bandar Rengam. Suasana persekolahan pada hari pertama begitu ceria sekali dengan kehadiran semua murid lengkap berpakaian serba baru. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang hadir pada hari ini. Pada hari ini juga, majlis pelancaran guru penyayang di rasmikan oleh GB, Pn Devi Binti Masran. Ucapan terima kasih kerana kehadiran timbalan YDP PIBG, En Zulkiflee Bin Kasiran dalam perhimpunan awal persekolahan bagi tahun 2017. Semua pentadbir dan guru-guru SKBR mengucapkan selamat belajar dan semoga kalian semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek Kurikulum dan Kokurikulum sepanjang tahun 2017. Insyallah..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan